Sunday, July 24, 2011

sedu? nak besaq lg ka?

okay...bru selepas beberapa jam yg lalu aku asyik sedu ja smpai nak wat apa pun rasa rimas..
slalunya kita tgk baby ja sedu..dan bila depa sedu mak2 depa akan letak secebis tisu yg dikoyak dan dibasahkan lalu ltak kat dahi depa...cute kan...ahak

org tua2 slalu ckp sedu sbb nak besaq lg la tu...aku ni ta ckup besaq lg ka? sir aku pnah kta 'liyana,u sedu ya? bhaya tu nnt cepat dpt sakit jantung'..haha..sir2...suka wat lawak..tok aku slalu ckp klaw sedu cepat2 minum ayaq nak bg ilang ktanya...so tdi aku pun wat la...tp ta ilang jgk.....nak taw cara nak rawat dia dgn btoi aku pun mggunakan khidmat encik google untuk cari maklumat...

silalah baca yarh :)
sekadar untuk berkongsi,selamat membaca..

 Fenomena “tersedu” dihadapi oleh semua orang. Gejala ini berlaku apabila pengecutan otot diafragma (contraction of diaphragm) berulang-ulang kali selama beberapa minit disebabkan beberapa factor. Selalunya gejala “tersedu” yang biasa dihadapi ini dibiarkan sahaja tanpa apa-apa rawatan. Namun demikian, sekiranya gejala tersedu  ini dihadapi untuk jangka masa yang lama dan berterusan selama beberapa minggu atau bulan (chronic hiccup), penyakit ini perlu dirawat.
Antara faktor-faktor tersebut :
1.Penyakit saraf yang diwarisi
2.Kecederaan pada  saraf phrenic dan vagus
3.Toxic atau penyakit metabolic yang merosakkan saraf
4.Tahap gula yang tinggi dalam darah (hyperglycemia)
5.Selepas mengambil minuman bergas, alcohol, roti kering malah makanan yang pedas
6.Gelak yang berterusan
7.Makan terlalu cepat
8.Ubat chemotherapy
9.Paru-paru berair (pleural effusion)
10.Kesan sampingan ubat


Rawatan
GEJALA “TERSEDU” YANG BIASA DIHADAPI TIDAK MEMERLUKAN RAWATAN
Rawatan di rumah yang boleh dicuba:
1.masukkan jari ke dalam mulut dan “mengurut” tekak
2.sesudu teh cuka makan (vinegar)
dll
Ubat:
1.Xylocaine liniment 3% or gel 2% di telinga (external ear)
2.Haloperidol
3.Metoclopromide (Reglan)
4.Chlorpromazine (Thorazine)
5.Sekiranya disebakan penyakit metabolik, maka rawatan berdasarkan jenis penyakit metabolic tersebut seperti hypokalaemia, hyponatraemia dll
Cubaan lain
6.Masukkan titik cuka makan ke dalam lubang hidung
7.Vagus nerve stimulator implant

No comments:

Post a Comment