Monday, August 19, 2013

niat, usaha dan terus berdoa :)



      'Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan.' Apa yang boleh kita simpulkan daripada hadis ini ialah, tidak semestinya seseorang itu perlu sempurna agamanya barulah dia boleh mendirikan baitul muslim. Sesungguhnya manusia ini mempunyai kelemahan, dan kita dijadikan hidup berpasangan untuk saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Setelah seseorang itu mendirikan masjid, sudah tentunya dia akan memikul suatu tanggungjawab yang besar dan sekaligus mendorong untuk melakukan kepada jalan kebaikan. Hal ini bertepatan dengan hadis tersebut yang menyatakan, selesaikanlah tanggungjawab seterusnya setelah kamu berkahwin.


Andai tiba masanya, pasti akan terbukti jua. Segala usaha pasti akan terbela. Pastikan niat kita yang sebenarnya, bukan hanya untuk bersuka ria kerana ini adalah untuk selama-lamanya. InsyaAllah. Di antara rahsia perkahwinan kepada seluruh umat ;

1. Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunnah para nabi dan rasul.
2. Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.
3. Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang. Dengannya, dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredhai.
4.Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.
5. Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang.
6. Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.
7. Melalui perkahwinan wujud disiplin rumahtangga melalui pengagihan tugas suami isteri.

Hadis yang diriwayat daripada Rasulullah SAW,
"Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku."

No comments:

Post a Comment